BolaSepak.com
FAM (Football Association Malaysia) telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan atas segala urusan mengenai Bola Sepak Malaysia. Kelab bola sepak dan persatuan negeri yang wujud di Malaysia telah berdaftar di FAM (Football Association Malaysia). Diketahui setiap kerajaan negeri di Malaysia telah menubuhkan pasukan bola sepak yang tersendiri. Pendaftaran kelab dan persatuan bola sepak negeri di Malaysia adalah wajib sebelum menyertai mana-mana perlawanan liga bola sepak yang wujud di negara Malaysia. Antara kelab bola sepak yang wujud pada masa kini ialah, Selangor PKNS, MK Land, MPPJ Selangor, Public Bank, Melaka Telekom, dan Johor FC, manakala antara persatuan bola sepak negeri yang telah wujud ialah, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Penang , Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Perlis, dan Sabah.